• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Amerika Syarikat / #2 New York | Sleepy Hollow yang creepy

#2 New York | Sleepy Hollow yang creepy

07/11/2014 By Travelog.my 6 Comments

Hari kedua, Jon datang jemput kami di hotel untuk ke Sleepy Hollow. Dari Manhattan, jaraknya lebih kurang sejam memandu. Kiranya ini kawasan di luar bandaraya Manhattan. Kampung sikit. Banyak pokok-pokok kekuningan dan kemerahan tanda autumn season. Masa ni hujan renyai-renyai. Sejuk lah jugak, terpaksa buttonkan lining dalam jaket saya supaya lebih tebal. Nasib baik bawak lining, kalau tak memang tak ke mana-mana lah kot sebab kesejukan. Suhu masa tu sekitar 9-11 celcius. It was cold.

Sleepy Hollow Cemetary

Sepanjang jalan, ada signboard “Graveyard is open for public”. Kami tertanya-tanya juga apa yang bestnya pasal graveyard tu siap signboard ada sepanjang jalan. Siap promote cakap dibuka kepada umum. Jadi Jon buat keputusan untuk singgah masuk ke kawasan kubur tu. Rupanya kawasan kubur tu antara kawasan kubur yang kerap digunakan untuk banyak penggambaran filem. Kubur-kubur kat situ ada yang berusia dari tahun 1800. Lama kan?

Kubur besar. Dalam ni katanya mayat dibiarkan je dalam tu. Di awet supaya family boleh tengok anytime.

Kubur lama

Sungai dalam kawasan perkuburan

Kubur besar. Dalam ni katanya mayat dibiarkan je dalam tu. Di awet supaya family boleh tengok anytime.

Kubur baru

Memandangkan masa kami pergi tu 5 hari sebelum halloween, jadi banyaklah hiasan buah labu dan hiasan bertemakan halloween di kubur-kubur. Tapi saya lupa snap gambar kubur yang ada buah labu oren tu. Sorry ye.

Hairannya, saya tak lah rasa takut pun masa duk kat sini. Mungkin sebab ramai pelancong duk bergambar kot. Dan lagi menghairankan, kawasan kubur ni memang luas gila. Kami tak boleh jalan kaki sebab tak larat dan cuaca sejuk. Kena pusing-pusing dengan kereta. Punyalah luas kawasan kubur ni sampaikan sejam pusing pun tak habis pusing lagi. Macam-macam bentuk kubur ada. Yang saiz besar biasanya dibeli untuk simpan mayat yang diawet. So family dia boleh tengok dia lagi lah. Alahai, seriau pulak. Malaslah tulis lagi pasal ni.

Maklumat lanjut pasal Sleepy Hollow Cemetary ni boleh didapati di sini. Jika anda nak tour, boleh reserve dengan harga USD19.99

William Shakespeare

Lalu kami pun keluar dari kawasan graveyard tu untuk makan tengah hari. Singgah di satu Diner tu, order sandwich ikan. Ikan lagi. Kemudian pusing-pusing cari rumah William Shakespeare. Cuma jumpa signboard je, rumah tak kejumpaan. So kami cancel. Masa nak keluar kawasan rumah Shakespeare tu nampak dua tiga ekor rusa duk ragut rumput.

melancong ke new york

Hudson River

Jon terus drive. Nak masuk ke Hudson Riverwalk untuk trekking tengok Sungai Hudson. Trekking ialah perkara yang paling saya suka buat. Satu, sebab boleh exercise. Dua, boleh tengok pokok pelik-pelik lebih dekat. Tapi sebelum sampai kat trekking gate tu, nampak pulak hiasan-hiasan halloween yang budak sekolah kawasan tu buat. Seriously creepy.

melancong-ke-new-york010 melancong-ke-new-york011 melancong-ke-new-york009

Lepas park kereta kami terus ke laluan trekking. Kami park belakang bangunan ni. Kemudian jalan kaki ke trek tepi sungai.

melancong-ke-new-york014

Terkejut betul tengok dari jauh. Ingatkan ular. Bila dekat baru nampak, macam pokok beluru. Eh pokok beluru ni USA pun ada jugak. Ingatkan kat tempat kita je.

melancong-ke-new-york027

Terus jalan lagi, nampak pulak buah macam kacang. Kata hubby, jika buah muda, isinya boleh dimasak dan dimakan. Buah tu saya pegang dalam gambar. Tak berapa jelas sebab nak sama kaler dgn kulit hahaha

melancong-ke-new-york026

Trekking lagi jumpa anak sungai yang mengalir terus ke Sungai Hudson.

melancong-ke-new-york020

Inilah Sungai Hudson.

melancong-ke-new-york017

Alkisahnya sungai ini ditemui secara tak sengaja oleh Henry Hudson pada 1609 semasa dia cari jalan untuk ke China. Sungai ini mengalir merentasi Albany, berfungsi juga sebagai pemisah antara New York dan New Jersey. Sungai ini memang penting kepada New York. Sangat penting. Anda boleh baca sejarah Sungai Hudson di sini.

Itu je lah dulu untuk hari kedua di New York. Esoknya jalan-jalan di Time Square yang super busy tu.

Related Posts

  • #1 New York | Brooklyn yang penuh dengan jews#1 New York | Brooklyn yang penuh dengan jews
  • #3 New York | Time Square yang super busy#3 New York | Time Square yang super busy
  • #5 New York | Central Park, taman dalam bandar besar#5 New York | Central Park, taman dalam bandar besar
  • #6 New York | Eastville Comedy Show#6 New York | Eastville Comedy Show
  • #4 New York | Jalan-jalan Time Square yang super busy II#4 New York | Jalan-jalan Time Square yang super busy II
  • Autumn di Smokey Mountain, TennesseeAutumn di Smokey Mountain, Tennessee
  • Worth the stop, TennesseeWorth the stop, Tennessee
  • Craft shop di Pigeon Forge ni memang cute dan unikCraft shop di Pigeon Forge ni memang cute dan unik
  • Clingman Dome, TennesseeClingman Dome, Tennessee
  • Pengalaman naik train di Amerika (New York ke Philadephia)Pengalaman naik train di Amerika (New York ke Philadephia)

Filed Under: Amerika Syarikat, New York

Comments

  1. Rizal says

    09/11/2014 at 3:55 pm

    Assalam.

    Mmg best tu dapat pergi New York.

    Patung patung yang budak budak tu buat mmg nampak seram kalau jenjalan kat malaysia terserempak. Huhu

    Reply
    • travelmy says

      09/11/2014 at 7:09 pm

      Kalau terserempak di malaysia, saya rasa confirm tak lalu lagi dah jalan tu

      Reply
  2. Uncle Zuan says

    07/11/2014 at 8:50 pm

    agak creepy juga tampat ni 😀

    Reply
    • travelmy says

      07/11/2014 at 9:50 pm

      Musim Halloween memang creepy habis. Tapi tak takut mana pun haha

      Reply
  3. rahimah says

    07/11/2014 at 6:49 am

    Bilalah agaknya boleh ke sini pulak 🙂

    Reply
    • travelmy says

      07/11/2014 at 7:28 am

      Tak lama lagi sampai, insyaallah 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia