Hari ni dah kena check out Takaev Cave Hotel di Cappadocia, rakan saya, Dr. Ramazan datang jemput dengan memandu dari Sakarya. Jauh juga dia drive, dalam 750 km. Terkejut mula-mula masa dia sampai sebab tak sangka dia sendiri yg datang jemput untuk balik ke Istanbul.
So kami bertolak dari Uçhisar, Cappadocia pada jam 10 pagi. Dalam tiga jam kami tiba di Konya. Makan tengah hari di restoren depan masjid dekat Mavlana. Di sini kami jumpa Mr. Ibrahim dan keluarga, yang merupakan adik kepada Dr. Ramazan yang mana bidang kerjanya ialah teologi.
Bayaran masuk kat sini ialah TL5. Sungguh saya rasa segan sebab tiket masuk dibayar Mr. Ibrahim. Adat orang Turki, jika mereka offer sesuatu kita kena terima supaya tak jadi kurang ajar. Macam orang USA juga. Jika mereka offer nak tolong, seeloknya kita terima. Berbeza dengan kita yg selalu bimbang tak nak menyusahkan orang lain.
Dalam kawasan kubur dan muzium ni, tak boleh ambil gambar. Kat luar-luar je boleh. Kubur Mavlana diletakkan lebih tinggi berbanding kubur ahli keluarganya yang lain.
Tapi ada juga gambar saya yang diambil oleh rakan. So boleh lah anda tengok view dalam Mavlana Museum sikit.
Mavlana ni ahli Sufi paling popular di Turki. Konya ni memang bandarnya terkenal dengan Sufi. Bangunan kubur Mavlana dan keluarganya ni dah boleh nampak dari kejauhan. Yang bumbung bentuk kon kaler hijau tu lah tempat beliau dikebumikan. ‘Rumi’, diterjemahkan dan dinobatkan sebagai sajak paling popular di Amerika Syarikat dan United Nation mengishtiharkan yang tahun 2007 ialah Tahun Rumi Sedunia dan disambut diseluruh dunia.
Beliau meninggal dunia pada 17 December 1273 dan disemadikan sebelah ayahnya.
Kat dalam kawasan ini juga boleh tengok pertunjukan tarian Sufi, tapi saya tak pasti kena bayaran tambahan atau tidak. Kami tak masuk sebab dah tengok masa di Istanbul. Ada free show di restoren depan Ararat Hotel.
Tarian Sufi ni walaupun namanya tarian, ia masih dianggap upacara keagamaan. Jadi kalau tonton, kena sopan juga dan berpakaian yang sesuai.
Dua dari kanan ialah Mr. Ibrahim, dan ditengah ialah Dr. Hakan, rakan kepada Dr. Ramazan yang juga merupakan tuan kereta berbumbung cermin penuh ni.
Itu je lah tempat kami lawat semasa di Konya. Terus kami naik kereta untuk ke Izmir dan melawat rumah mak Nabi Isa a.s.
Turki negara Islam yang penuh dengan sejarah lampau.